TENTANG MISDEC

lATAR BELAKANG MISDEC

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERINDUSRIAN & KEUSAHAWANAN  MELAKA (MISDEC) ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Penubuhan MISDEC merupakan satu projek bersama antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, sektor industri/swasta serta pelbagai agensi Kerajaan Negeri Melaka dan Institusi Latihan Vokasional, UTeM, ILP dan IKM.Selari dengan hasrat dan dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri Melaka dengan mewujudkan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berketerampilan dalam sektor industri negeri Melaka.

VISI

Sebuah pusat kecemerlangan dan rujukan,  latihan pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional, keusahawanan yang memenuhi kehendak sektor industri dan swasta.

 

 

MISI

  • Merealisasikan hasrat penubuhan PPKN dalam pembangunan sumber manusia, kerjaya berkemahiran tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan belia lepasan sekolah dan graduan IPTA / IPTS.
  • Memenuhi kehendak Dasar Perindustrian Negara dan Program Transformasi Negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan, terutamanya dari kalangan graduan lepasan IPTA/IPTS.

OBJEKTIF

  • Memastikan semua pelatih lepasan MISDEC mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan.
  • Mewujudkan Program Pembangunan Insan berkualiti melalui latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk industri.
  • Mengadakan kolaborasi bersama sektor industri dan swasta dalam meningkatkan produktiviti dan produk yang berkualiti.